Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1.
Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita
& sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu
sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6.
Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7.
Jangan membuat muka belagak dan sombong, atau menghentak hentakkan
kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat
menutup kesalahan kita.
8. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
9.
Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu
rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita
menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat
kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
10.
Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita
hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
11. Jika salah
seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas,
berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan
kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan
hati yg pasang surut.
12. Sewaktu sahabat sedang marah,
elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu
lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
13.
Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri
dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn
apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
14. Jagalah hati
sahabat sebagaimana kita mahu, sahabat kita menjaga hati kita. Kalau
kita pandai menjaga hati org lain, begitulah sebaliknya org lain akan
lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya.
Cuba
periksa diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik
untuk sahabat kita. Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin
menjauhkan diri dari kita? Tepuk dada tanya selera........